<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4613562154366226739?origin\x3dhttp://thinking-in-progress.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script><iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=8076742059755845825&blogName=PIECE+OF+HEAVEN&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLUE&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Flov-ebites.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Flov-ebites.blogspot.com%2Fsearch" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
"Should I share
The stories in my life?"
About Me

Image and video hosting by TinyPic
Haiqel (aka Hacker)
17, going 18 in a few months time
Once a KRANJIAN, Now a SAINT(SAJC)
This is my SPEAKER'S CORNER.

Tunes In My Life


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


Leave A Footprint

Characters In My Story

Designer/ %PURPUR.black-/ My Assistant Designer, Afiqah

Inform Me To Be Linked
A
Afiqah Aisyah Amalina

B
Links Links

C
Celeste Celine Clive

D
Darren Doreen

E
Links Links

F
FourCee

G
Geng Lin

H
Links Links

I
Iskandar

J
Links Links

K
Links Links

L
Links Links

M
May

N
Nurul Ain

O
Links Links

P
Pei Wen

Q
Links Links

R
Roger

S
Samuel Shark Shufen
Suhailah

T
Timothy

U
Links Links

V
Links Links

W
Wan Ting

X
Links Links

Y
Yee Gin

Z
Links Links

Archives:
February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 October 2009 December 2009
/Tuesday, March 24, 2009 HandWritten on; 9:05 PM

Suatu Penyesalan...
Aku menghampiri pusara ibu angkatku. Setiap langkah yang kuambil menimbulkan rasa kepiluan yang dibauri rasa bersalah dan tidak berdaya. Hujan mula turun setelah aku sampai di pusara ibu angkatku. Air mataku mula mengalir membasahi bumi. Haruskah ibu angkatku yang meninggal dunia? Mengapa dia hendak mengorbankan dirinya semata-mata untuk menyelamatkanku? Bukankah aku seorang anak derhaka? Pelbagai soalan mula mengisi kotak mindaku. Taman lamunanku mula berbunga, lalu aku teringat kembali kepada kisah hidupku yang lalu...

Dahulu, aku seorang anak yatim. Nasibku begini sejak aku berusia tujuh tahun. Rumahku ialah rumah tumpangan anak yatim. Nasibku berubah apabila seorang wanita mengambil diriku sebagai anak angkat. Senyuman manis terlukis pada wajah wanita itu. Dari saat itu, dialah ibu baharuku dan namanya Diana Zulaikha.

Hidup kami tidak senang. Gaji ibuku tidak banyak, hanya dapat menanggung keperluan sekolah dan hidup kami. Namun, ibuku masih bertungkus-lumus untuk mendapatkan lebih banyak wang. Kadang-kala, ibuku sanggup tidak makan semata-mata untuk membeli barang keinginanku seperti kasut bola. Dia selalu menasihatiku untuk belajar hingga ke peringkat universiti. Dia bekerja tanpa mengendahkan tentang kesihatannya seperti pipit makan berhujan. Pengorbanannya membuatku berazam untuk mencapai kejayaan dalam hidupku dan membalas jasanya.

Perjanjian kepada diriku tidak dapat kekal lama. Sikapku berubah setelah aku berumah tangga dan mendapat kerja dengan gaji yang lumayan.

"Aznil tidak peduli! Aznil akan tinggalkan rumah ini! Ibu telah menjadi beban hidup Aznil!" Aku melontarkan kata-kata kaca itu ke arah ibuku. Bendungan air mata ibu pecah dan bayang-bayang kesedihan tercalit di wajahnya.

"Aznil! Tolonglah Aznil. Jangan tinggalkan ibu. Jangan biar ibu hidup keseorangan." Aku ternanar mendengar kata-kata ibuku. Perasaanku mula berkecamuk. Haruskah aku meneruskan perjalananku. Kata-kata ibuku selepas itu tidak aku endahkan seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Selepas pertengkaran itu, aku tinggal sebumbung bersama isteriku. Banyak perkara dapat kucapai seperti membeli rumah idamanku. Aku semakin berjaya dalam hidup. Namun, adakah itu nilai kejayaan bagi hidup ini? Tambahan pula, apakah erti ibu dalam hidupku ini? Aku semakin sesat di dalam jalan hidup ini. Inilah yang aku mahu, fikirku.

Lama-kelamaan, aku memahami erti hidup setelah mendapat tahu aku menghidap penyakit barah ginjal di peringkat terakhir. Ia pasti akan membawa maut kepada diriku kalau aku tidak dapat seorang penderma ginjal. Adakah aku akan mati? Soalan sama selalu bermain dalam kotak fikiranku.

"Encik Aznil, kamu tidak perlu bersedih lagi. Kamu sudah mendapat penderma ginjal sesuai dengan dirimu," kata Doktor Hasyim pada diriku. Sinar gembira mula meruap di hati. Ini ialah berita baik untuk diriku. Ini bermakna aku dapat hidup lama lagi. Doktor Hasyim juga mengatakan bahawa pembedahan tersebut akan berlangsung dalam masa dua hari lagi. Aku amat gembira. Aku tidak sabar untuk menjalani pembedahan tersebut.

Hari pembedahan tiba. Keadaan sekelilingku menjadi gelap setelah disuntik dengan sejenis pelali. Aku pengsan selama enam jam.

Mataku mula terbuka. Pembedahan tersebut sudah berjaya. Aku tidak menghidapi kerosakan ginjal lagi. Aku sudah sihat. Namun, siapa yang mendermakan ginjalnya kepadaku? Aku hendak berterima kasih kepada orang itu. Di mana orang itu?

Lama-kelamaan, perasaan gembiraku menjadi kesedihan setelah doktor memberitahu aku sesuatu.

"Encik Aznil. Saya harap kamu akan bersabar. Pendermamu ialah Puan Diana Zulaikha. Dia meninggal dunia semasa pembedahan. Dia hendak mengatakan dia menyayangimu sebagai anaknya sendiri." Hatiku pecah seribu. Air mataku mula tumpah dari tasik bundarku. Timbullah perasaan kesal dalam diriku. Aku mula terkenang jasa-jasanya yang lalu dan mengakui bahawa dialah yang telah membuat aku mencapai kejayaan. Namun, aku belum dapat membalas jasanya.

Kini, dia sudah menyahut seruan Ilahi. Walau aku menitiskan airmata darah sekalipun, ibu angkatku tidak akan bangkit semula. Aku hanya dapat berdoa agar rohnya dicucuri rahmat. Jasanya terhadap diriku akan aku kenang selalu. Nasihatnya akan selalu berada di dalam kotak mindaku. Pengorbanannya itu benar-benar menyentuh hatiku ini. Ibu angkatku akan selalu berada di dalam kalbuku. Semoga perbuatanku yang lalu menjadi iktibar bagi hidupku ini.